Thursday, December 11, 2008

Antara Aidilfitri Hingga Ke Aidiladha Part 1

Assalamualaikum.

Lama rasanya aku tak tulis apa-apa kat pinang serumpun aku ni. Sejak dari Oktober sampailah ke pertengahan Disember dah ni. Last post aku pasal nenek tua bongkok 90 darjah tu. Tapi kenapa aku lama tak tulis apape kat sini lah sebabnya aku nak cerita.

Bermulanya dari hari raya Aidilfitri, semua ok, gembira, seronok. Balik kampung seperti raya yang sebelumnya. Seperti biasa juga bini aku raya dengan mak dia (mak mertua aku) di Lambor, aku raya dengan mak aku di Beruas. Tapi petang raya tu aku terus balik jumpa anak bini aku pulak. macam biasa....
Gambar anak aku masa aku datang ke Lambor.
Tetapi raya kedua bermulanya cerita aku ni. Adik perempuan aku eni memulakan dengan demam campak atau kata orang kampung aku demam pelentung atau cakap ompotihnya chicken pox. Demam biasa aje tapi ada lah dalam 2 atau 3 nanah kat muka. Dia pun tak lah teruk sangat, siap makan KFC kat Teluk Batik lagi raya ketiga tu.
Bersambung ke part 2 nantilah, kelopak mata berat sangat rasanya dah ni...

Tuesday, September 23, 2008

Bercerita Berkenaan Rezeki Dari Allah

Ketabahan Seorang Nenek Mencari Rezeki, Beruas, Perak 22 Jun 2008

9.14 pagi, Beruas, Perak. Cepat-cepat aku mencari kamera aku bawah kerusi penumpang kereta aku bila terserempak nenek tua ini semasa aku balik ke kampung bercuti bulan Jun 2008 yang lalu. Nenek ini ceritanya aku masa tu dalam umur 6 - 7 tahun sudah selalu terserempak dengan nenek ini berjalan bongkok seperti gambar diatas. Aku masih ingat masa tu dalam tahun 70'an, nenek ini memikul batang pisang untuk dibawa pulang ke rumahnya untuk diproses membuat tali pisang bagi tujuan mengikat sayur atau ikan yang dibeli di pasar basah Beruas. (tali rapia masih belum commercial lagi waktu itu)
Terdiam termenung sekejap aku dalam kereta memikirkan nasib nenek tua ni yang dari dulu (masa aku bebudak) bongkok memikul batang pisang sampai sekarang bongkok juga lagi dan kali ni memikul guni tepung berisi barangan kitar semula barangkali, masih lagi kuat dan tabah untuk mencari rezeki. Terfikir aku, takde anak ke orang tua ni? takde saudara mara ke orang tua ni? yang dalam fikiran aku yang boleh meringankan penderitaan nenek tua ni.
Insaf aku dan betapa kecilnya jiwa aku kalau dibandingkan dengan jiwa nenek tua ini yang begitu tabah mengharungi dugaan hidup dalam konteks mencari rezeki.
Teringat aku akan satu email yang aku terima dari seorang sahabat lama yang mengirimkan email berkenaan rezeki dari Allah bebaru ini yang aku rasa setiap dari apa yang kita ada waktu ini sudah kah kita mengucapkan shukur kita kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kita.
Rezeki di Tangan Allah
Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus. Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu". Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".
Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?" Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".. Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.
Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah". Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Seekor Semut!!
IMAN MANUSIA??
Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.
Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar & Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?". Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan". Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.
Kata Saidina Ali kepada Kamil:
"ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".
Selamat Hari Raya Aidilfitri Dan Mohon Maaf Andai Ada Bahasa Menyinggung Perasaan Selama ini dan pada masa akan datang.

Wednesday, August 27, 2008

Pengalaman Ustaz Haron Din Masuk Dalam Kaabah



(Kuliah Subuh Oleh Ustaz Haron Din di Mekah pada 18 April 2005)

Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram. Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah.

Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan. Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah. Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu. Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah.

Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun. Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh.

Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58) Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya” Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.

Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk. Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu. Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.

(Kuliah Pengubatan oleh Ustaz Haron Din pada 12-Feb-2007)

Saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia , multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat.. Dia ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh selesai.

Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan. Saya kata kepada dia, “Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.”

Dia mintak maaf tetapi dia kata “Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang kamu nak?”. Saya kata “Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku masuk ke dalam Kaabah.” Dia kata “Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah buka”. Saya kata “Tak apalah kamu arahlah”. Dia kata “Tak apa itu perkara kecil, mintak yang lain.” Saya kata “Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup.” Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.

Sebagai renungan untuk umat Islam.

Bersedekah (amal jariah)

Masjid Ubbudiyah, Kuala Kangsar, Perak
Kekuatan Sedekah


Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :

Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung-ganang, ternyata bumipun terdiam. Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?"Allah menjawab, "Ada, iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batu pun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi).


Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi? "Allah yang Maha Suci menjawab, "Ada, iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api), Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api? "Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, iaitu air" (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air), Para malaikat pun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air? "Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, "Ada, iaitu angin"(air disamudera (laut) yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat).


Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalampenciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, "Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya". Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.


Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya". Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dan lain-lain yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.


Ganjaran bersedekah RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah. Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipat ganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, sbb : Allah Ta'ala berfirman, "Adapun orang yang memberikan (hartanya dijalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga)maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah". {Qs. Al Lail(92) : 5-8}


Allah Ta'ala berfirman, "Perumpamaan nafkah yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir tumbuh seratus (100) biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui". {Qs. Al Baqarah (2):261}


RasulAllah SAW bersabda, "Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada jalan Allah". Yang satu lagi menyeru "musnahkanlah orang yang menahan hartanya".


Tolak Bala dengan Sedekah


Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW, sbb: "Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah". "Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah". "Ubatilah penyakitmu dengan sedekah".


Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh, kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb)menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dan lain-lain. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah), sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah.


Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah)?


Walau bagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jumaat dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jumaat, misalnya Jumaat ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jumaat berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.


Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza WaJalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka. Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.


Sedekah yang pahalanya terus mengalir


Dari Abu Hurairah RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda: "Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yangmendo'akannya" (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).


Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terusmengalir walaupun si pemberi sadaqah telah meninggal dunia :


1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.

2. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan. 3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.

4. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau hewan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.

5. Tempatkan pendingin air di tempat awam.

6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang.

7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid.

8. Edarkan CD Quran atau Do'a.

9. Bantulah pendidikan seorang anak.

10. Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat kebaikan sampai hari Qiamat.


Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment.


Jadikan lah artikel ini "sejuta artikel" dengan meneruskan artikel ini kepada saudara-saudara kita sesama muslim yang barangkali belum mengetahuinya, sehingga kita tidak dilaknat Allah dan seluruh mahluk kerana tidak menyampaikan (menyembunyikan) apa yang telah kita ketahui, sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah Ayat 159 :"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk". Dari Abdullah bin 'Amru RA.


RasulAllah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat". Semoga Allah Ta'ala membalas 'amal Ibadah kita.


Wassalamu'alaikum warahmatullaahi wabarakatuh.

Friday, August 1, 2008

Personel Development Leadership



Friends are never earned

The're a gift from the loving god and they are precious beyond human valuation

But you dare not take them for granted or they will drift away like smoke

And the warmth of their caring will vanish like chill of the endless nights.


A lost of my friends are unknowns and they probably wont rate an obituary

Unless they live and die in small towns where nothing much ever happens.

But a few of my friends are big people and they have made the world ring

with laughter and music.

They are famous, ssensitive, talented and their names are household words.

Yet they are no more precious in gods eyes, or in mine than those wonderful nobodies

who live and die in small towns.


Who is your friends?

He is someone who warms you with a nod or with the unspoken word in hard times

When you're hurting beyond words.


Who is your friends?

She is someone who holds you against her breast and sight softly into your hair

When no other medicine can stop the pain.


A friend is someone who clinks his glass against yours

or answer the phone at three in the morning.

When you're lost and with a few words of encouragement and concern

make you realise you arent really lost at all.


Friends come in both sexes and in all shapes and sizes

but the most important thing they have in common

is the ability to share with you

Your most sky-splitting joys or

Your depest most awesome sorrows for they are your friends.


Wednesday, July 30, 2008

Sayap Air Asia

Assalamualaikum....dan salam sejahtera,
Bercerita pasal gambar dibawah ini, saya suka akan angle daripada luar tingkap kapalterbang ini yang menyatakan bahawa photographer nya adalah salah seorang daripada penumpang pesawat ini (AirAsia). Tarikh gambar ini adalah pada 1 Mei 2008 dalam perjalanan Kuala Lumpur - Jakakarta. Kemungkinan besarnya, ketika gambar ini di ambil, pesawat sedang berada di langit Singapura.

Monday, May 12, 2008

Tangkuban Perahu (Sampan Terbalik)


2 Mei 2008 Bandung, Indonesia. Antara beberapa gunung berapi yang masih aktif di Indonesia.

Tuesday, March 4, 2008

Dual Colour


Gambar ni masa raya posa 2007, aku pun tak tau sapa yang ambil candid gambar aku dengan adik aku ni..Tapi aku suka ke-spontan-ian dalam gambar ni yang nampak natural. Aku edit guna Coreldraw. Ada banyak step jugak baru aku dapat end-product ni. Nanti kalau ada masa aku akan postkan gambar lain pulak.

Wednesday, February 6, 2008

Nikon DSLR D40x


Baru beli kamera, dan telah berjaya tangkap gambar anak aku....guna setting auto jer dulu...manual masih dalam belajar lagi. (Gambar kat Putrajaya).

Wednesday, January 30, 2008

Sudah Sampai Ajalnya


Sejak dari semalam aku rasa tak sedap hati ajer, tapi tak tau apa puncanya, mungkin sebab aku tak berapa sihat dengan cuaca panas ni, berkata-kata dalam hati aku. Subuh tadi bangun untuk solat subuh, tengok akuarium aku, 2 ekor ikan kesayangan aku keras tak bernyawa. 8 bulan sejak aku beli akuarium, ini adalah kemalangan yang paling besar, seekor ikan Sebarau besar dan seekor lagi ikan tengas paling besar...keras melampung.
Termenung sekejap sebelum hantar bini aku pergi kerja memikirkan apa punca, setelah di siasat aku rasa airnya terlalu panas...terus aku tukarkan air semua pagi ni yang buat aku lewat pergi opis.....Tapi aku sedih sikit jerr...takpa..dah sampai ajalnya...sama juga dengan kita manusia ni bila-bila masa sahaja tuhan nak ambil nyawa kita, kita tak akan tahu. Jadi kejadian ini mengingatkan aku pada kebesaran Allah.. Moga kita cukup amalan dan bersedia menunggu tibanya masa kita pula...entah bila Wallahhuallam.