Monday, December 31, 2007

Jujur: Adakah Itu Aku, Kamu, Kome/Mike?

Suatu petang aku meluangkan masa aku bersama Tok Wan, berbual-bual sambil minum kopi pekat hitam berkilat sambil menunggu masuk waktu Asar. Dalam bebanyak topic semasa yang kami berbincang, entah macam mana... kami berbincang berkenaan kejujuran dan keikhlasan melakukan sesuatu perkara dalam kehidupan seharian kita.

Tok Wan: Kita hidup dalam dunia ni kena jujur, tapi kena tahu dimana hendak digunakan jujur kita ni.

Aku : Macam mana tu Tok? (Saja aku naikkan mood Tok Wan Aku untuk bercerita)

Tok Wan: Jujur kita ni macam besi, jika lurus orang akan gunakan untuk buat titi (jambatan),
kalau bengkok? (Tok Wan aku pulak psiko aku balik)

Aku : Kalau bengkok...ermmmmmmmm (Terkebil-kebil aku nak cari jawapan sesuai)

Tok Wan: Kalau bengkok orang buat tanggi.

Aku : Tanggi? Apa benda tu tok? (Perkataan Melayu klasik agaknya)

Tok Wan: (tersenyum) Tanggi tu besi yang ada pada hidung kerbau untuk diikat tali.

Aku : Habis tu tok, kita nak jadi besi yang mana satu? (sambil garu-garu dahi)

Tok Wan: Jadi lah besi keris...(ringkas je jawapannya), lurus tetapi ada lok-lok.

Tok Wan aku biarkan aku berfikir sendiri tentang jawapan akhirnya tadi....Dan oleh kerana tajuk aku hari ni jujur, Aku nak berkongsi sebuah karangan budak sekolah UPSR tahun 2007 yang pada aku budak sekolah ni jujur tetapi terpulanglah pada kome (anda) nak ketegorikan budak sekolah ni besi yang mana satu.



3 comments:

Anonymous said...

pada zaman dahulu, tinggal sebuah keluarga bahagia yg miskin..walaupun miskin tp mereka gembira dgn kehidupan mereka..mereka tinggal di sebuah rumah yg sangat kecil..si bapa hanya sebagai bekerja buruh kasar.si ibu pula seorg suri rumah yg menjaga 4 org anak mereka.walaupun miskin, namun si bapa berusaha sedaya upaya menyediakan segala keperluan mereka sekeluarga..si bapa sangat cermat orgnya..walaupun gaji nya kecil..atas sikap cermatnya..beliau berjaya membeli sebuah motosikal yamaha berwarna merah supaya dpt memudahkan mereka sekeluarga.apa yg nak di ceritakan di sini..selain dari cermat, si bapa juga seorg yg sangat jujur..jujur dari segala aspek kehidupan..allah sentiasa membantu umatnya...walaupun si bapa hanya bekerja sebagai buruh kasar tetapi beliau berjaya menghantar ke-empat2 anaknya belajar sehingga peringkat yg tertinggi..
kesimpulannya di sini..sifat jujur akan memberi effect yg sangat mendalam dalam kehidupan dari satu generasi ke satu generasi yg seterusnya..teringat saya dengan satu ayat.."barah ciker"...hah..tapi itu utk makanan!
saya amat berharap agar saya boleh menjadi sejujur si bapa..al fatihah!

Mohd. Suhairi Bin Saad Ali said...

Saya ingat dengan komen U yang begitu panjang lebar, better u buka satu akaun blog u sendiri lahh ingat....

Anonymous said...

sekadar berkongsi cerita yang u dah sedia tahu maaa...mana tahu terpanjang la pulak!