Thursday, December 6, 2007

Nilai Sebuah Senyuman Seorang Ibu - Kisah Uwais Al-Qarni

Cucuanda (anak aku) Bersama Nenekanda (mak aku)
Putrajaya 24 November 2007


Nabi berpesan kepada Umar dan Ali, “Akan lahir dikalangan Tabiin seorang insan yang doa dia sangat makbul nama dia Uwais al-Qarni dan dia akan lahir dizaman kamu”.Kita telah mengenali siapa dia Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali iaitu orang-orangyang telah disenaraikan sebagai “al-Mubasyirun bil Jannah” iaitu mereka dah dijamin masuk syurga.

Nabi seterusnya berkata kepada Umar dan Ali, “Dizaman kamu nanti akan lahir seorang insan yang doa dia sangat makbul. Kamu berdua pergilah cari dia. Dia akan datang dari arah Yaman, dia dbesarkan di Yaman. Dia akan muncul dizaman kamu, carilah dia. Kalau berjumpa dengan dia mintak tolong dia berdoa untuk kamu berdua.” , Umar dan Ali bertanya kepada nabi soalan yang sama iaitu “Apakah yang patut saya mintak daripada Uwais al-Qarni, Ya Rasulullah? Nabi menjawab “Kamu mintak kepadanya supaya dia berdoa kepada Allah agar Allah ampunkan dosa-dosa kalian”.

Banyak peristiwa sahabat yang berjumpa dengan nabi, mintak sesuatu yang baik kepada mereka, nabi menjawab “Pohonlah al-Maghfirah daripada Allah swt.” Jadi topik al-Maghfirah (keampunan) ini menjadi topik yang begitu dicari yang begitu relevan, hatta kepada orang yang telah disenaraikan sebagai ahli syurga. Kalau logiknya ahli syurga macam dah tak perlu kepada ampun dosa kerana mereka dah dijamin masuk syurga, tetapi tidak, nabi masih tekankan supaya mintak Allah ampunkan dosa.

Memang benarlah firasat seorang nabi, Uwais al-Qarni telah muncul di zaman Sayyidina Umar dan Sayyidina Ali. Memang mereka tunggu dan cari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu mereka dengan Uwais al-Qarni. Dengan pandangan mata luar, tidak mungkin dia orang yang nabi maksudkan. Kerana orang itu pada pandangan insan-insan biasa atau orang-orang yang datang bersama dengannya bersama kabilah menganggapkan dia seorang yang akal tidak sempurna (wire short), sesuatu yang macam tidak betul pada pandangan orang. Tetapi dia ada sesuatu….

Siapakah Uwais Al-Qarni

Dia asalnya berpenyakit sopak, badannya putih, putih penyakit yang tidak digemari. Walaupun dia sopak tetapi dia seorang yang soleh, terlalu mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Dia telah begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa dia meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaga dia sampai dia dewasa.

Satu hari ibunya memberitahu kepada Uwais bahawa dia ingin sangat untuk pergi mengerjakan haji. Dia menyuruh Uwais supaya mengikhtiarkan dan mengusahakan agar dia dapat dibawa ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang untuk pergi haji dari Yaman ke Mekah mereka menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang diatasnya “Haudat”. Haudat ini seperti rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi panas matahari dan hujan, selesa dan perbelanjaannya mahal. Uwais tidak mampu untuk menyediakan yang demikian, unta pun dia tidak ada, nak sewa pun tidak mampu. Ibu Uwais semakin uzur maka ibunya mendesak dan berkata kepada anaknya “Anakku mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji”.

Uwais mendapat suatu ilham, dia terfikir apa nak dibuat. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan dah habis menyusu. Dia membuat sebuah rumah kecil (pondok) di atas sebuah “Tilal” iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat rumah untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari dia dukung anak lembu untuk naik ke atas “Tilal”. Pagi esoknya dia dukung lembu itu turun dari “Tilal” untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia beri lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang kata dia ini gila. Memang pelik, buatkan rumah untuk lembu diatas bukit, kemudian setiap hari usung lembu, petang bawa naik, pagi bawa turun bukit. Tetapi sebenarnya niatnya baik. Kalau lembu kita buat begitu pagi sekali petang sekali daripada lembu yang beratnya 20kg, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot (muscle) tangan dan badan Uwais menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit.

Selepas lapan bulan dia buat demikian telah sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekkah dengan kedua tangannya. Dibelakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang berat sekitar 50kg. Dia membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.

Setelah pulang semula ke rumah dia di Yaman, Ibu dia berkata kepada dia “ Uwais,apa yang kamu berdoa sepanjang kamu berada di Mekah?”. Uwais menjawab “Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”. Ibunya bertanya lagi “Bagaimana pula dengan dosa kamu”. Uwais menjawab “Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga, cukuplah ibu redha dengan saya maka saya juga masuk syurga”.

Ibunya berkata lagi “Ibu nak supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini”. Uwais kata “Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah ta’ala”. Ibunya menanbah “Kalau nak masuk syurga, kena taat kepada perintah ibu, Ibu perintahkan engkau berdoa”. Akhirnya Uwais tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Uwais berdoa seperti yang ibu dia minta supaya Allah sembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. Tetapi kerana dia takut masih ada dosa pada dirinya dia berdoa “Tolonglah Ya Allah kerana ibu aku suruh aku berdoa hilangkan yang putih pada badanku ini melainkan tinggalkan sedikit” Allah swt. sembuhkan serta merta, hilang putih sopak diseluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling ditengkuknya.

Tanda tompok putih pada Uwais sebab dia mintak agar jangan dibuang kesemuanya, kerana ini (sopak) adalah anugerah, maka nabi sebut kepada Umar dan Ali akan tanda ini. Tandanya kamu nampak dibelakang dia ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu dialah Uwais al-Qarni. Selepas tidak lama Uwais berdoa yang demikian, ibunya telah meninggal dunia. Dia telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu dia telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya disisi Allah.

Berbalik kita kepada point asal, Sayidina Umar dan Sayidina Ali dapat berjumpa dengan Uwais ini minta satu sahaja iaitu minta supaya doakan supaya Allah swt. mengampun semua dosa-dosa mereka. Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Umar dan Ali, dia berkata “Aku datang ini dari Yaman ke Madinah kerana aku nak tunaikan wasiat nabi kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku. Aku datang ini nak tunaikan wasiat itulah”. Maka Uwais pun telah mendoakan untuk mereka berdua.

*Dipetik daripada Tazkirah Oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din


9 comments:

Anonymous said...

saya sayang mak saya sangat!

Hann Haidar said...

when the 3rd generations meets the 1st generation yea?

nice!~

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM..
SAYA TERBACA BLOG TUAN DAN TUAN ADA MENYATAKAN DILARANG SAPA2 MENYALIN ARTIKEL TUAN TANPA KEBENARAN...KALO SAYA NAK COPY ARTIKEL TUAN UNTUK MANFAAT UMAT ISLAM, OK, BOLEH...

DALAM SEJARAH TULISAN ULAMAK ISLAM TIADA SEORANG PUN YANG MELARANG ARTIKELNYA DI COPY KERANA MEREKA IKHLAS BERDAKWAH DAN DAKWAH MEREKA BERJAYA KERANA NIAT..

OLEH ITU, SAYA SEBAGAI SESAMA MUSLIM MEMPERINGATKAN SESAMA KITA BAHAWA SEGALA ILMU ADALAH HAK ALLAH..JADILAH SEPERTI ULAMK2 ISLAM DAHULU YANG IKHLAS ILMU MEREKA TERSEBAR, DICOPY, DISALIN, DICETAK, DISEBAR DEMI TERSEBARNYA ILMU2 ALLAH.

MAAF BANYAK2 KALO TERKASAR BAHASA..
TIADA NIAT PUN UNTUK BERKASAR TETAPI HANYA UNTUK MEMPERBETULKAN.
WALLAHUA'LAM

IBNU MUSLIM said...

ASSALAMUALAIKUM..
SAYA TERBACA BLOG TUAN DAN TUAN ADA MENYATAKAN DILARANG SAPA2 MENYALIN ARTIKEL TUAN TANPA KEBENARAN...KALO SAYA NAK COPY ARTIKEL TUAN UNTUK MANFAAT UMAT ISLAM, OK, BOLEH...

DALAM SEJARAH TULISAN ULAMAK ISLAM TIADA SEORANG PUN YANG MELARANG ARTIKELNYA DI COPY KERANA MEREKA IKHLAS BERDAKWAH DAN DAKWAH MEREKA BERJAYA KERANA NIAT..

OLEH ITU, SAYA SEBAGAI SESAMA MUSLIM MEMPERINGATKAN SESAMA KITA BAHAWA SEGALA ILMU ADALAH HAK ALLAH..JADILAH SEPERTI ULAMK2 ISLAM DAHULU YANG IKHLAS ILMU MEREKA TERSEBAR, DICOPY, DISALIN, DICETAK, DISEBAR DEMI TERSEBARNYA ILMU2 ALLAH.

MAAF BANYAK2 KALO TERKASAR BAHASA..
TIADA NIAT PUN UNTUK BERKASAR TETAPI HANYA UNTUK MEMPERBETULKAN.
WALLAHUA'LAM

Mohd. Suhairi Bin Saad Ali said...

Waalaikumsallam. reply untuk en.Abu Abi/Ibnu Muslim.
Pertamanya terima kasih atas komen saudara tentang larangan saya menggunakan semula penulisan saya tanpa kebenaran serta niat/nawaitu murni saudara untuk memperkembangkan dakwah.

Saya terima dengan hati terbuka tentang komen saudara, tetapi saudara harus memahami dahulu ayat yang saya tulis, saya mengatakan perlu meminta kebenaran BUKAN saya melarang untuk disebarkan/dicopy. Dua pernyataan yang berbeza yang saudara perlu perincikan.

Sebagai contohnya cuba saudara baca artikel saya tentang pencuri anggur, ini adalah tentang meminta kebenaran empunya anggur. Contoh lain, jika saudara terjumpa pokok rambutan yang lebat buahnya di tepi jalan, saudara ambil dan makan sesuka hati saudara kah? (saya tinggalkan jawapannya untuk saudara, seorang yang arif mengenai ilmuan Islam dan ulamak Islam dahulu)

Walau bagaimanapun, kebenaran saya berikan kepada saudara untuk menggunakan penulisan saya untuk manfaat umat islam iaitu tidak termasuk gambar hanya kerana saudara meminta kebenaran untuk perkara tersebut sahaja.

Terima Kasih.

pencaricintailahi said...

salam...saya prnah dgr cerita uwais al-qarni versi ni drpd ustz saya. blog ni satu2nya yg ada artikel yg sama dgn cerita ustz saya 2..jd, saya mohon izin utk copy artikel ni sbb nk letak dlm blog sya dn masa yg sama blh sebarkn kt kwn2...

Mohd. Suhairi Bin Saad Ali said...

waalaikumsallam.
saya benarkan..! terima kasih.

pencaricintailahi said...

terima kasih, en suhairi. moga2 ALLAH terus beri kekuatan utk menulis. :)

Mohd. Suhairi Bin Saad Ali said...

Terima kasih, sekarang ni lebih cenderung kepada fotography dan IsyaAllah akan cuba diusahakan kembali untuk refresh kan blog saya yang ini.

Feel free to visit my site:
http://www.flickr.com/photos/saadsuhairiphotography/ atau
http://www.flickr.com/photos/alizmuhammadz/